label

ANDA PENGUNJUNG KE

Selasa, 30 Ogos 2016

(Sembang) 8 sebab ED suka tengok drama Sayangku Kapten Mukhriz TV3

Hai, ED yakin anda tahu ED suka tengok drama Sayangku Kapten Mukhriz di TV3.  Berikut ED senaraikan 8 sebab ED suka tengok drama Sayangku Kapten Mukhriz di TV3. 

Pelakon utama, Raja Afiq dan Niena Baharun. Antara babak episod akhir hari ini.

8 sebab ED suka tengok drama Sayangku Kapten Mukhriz:

1. Pertama sekali, jalan cerita di mana perempuan melamar lelaki. Lain drpd yg lain.

2. Walaupun ada yang kecam watak Dr. Ariana gedik dan tak sesuai, bagi ED lakonan Niena Baharun sangat menjadi dalam drama ni.. Abaikan haters.

3. Tutur kata lembut Raja Afiq sebagai Ustaz Mukhriz juga menjadi. Nampak sopan je.. ED suka tengok bila Ustaz Mukhriz jual mahal pada Dr. Ariana.

4. Pengacau dalam drama ni iaitu Zakuan dan Awina lakonan Hafizul Kamal dan Reen Rahim juga berkesan. Marah penonton tengok watak mereka. 

5. Tipulah kalau ED kata drama ni tak sweet. Banyak juga babak sweet antara Dr. Ariana dan Ustaz Mukhriz.

6. Setiap penghujung episod drama ni, mesti babaknya suspend. Bikin penonton sentiasa nak tahu episod seterusnya. Garapan drama yg baik.

7. Kalau kita ikuti semua episod drama ini, kita akan dapat tahu sifat sebenar Dr. Ariana yang setia pada cinta, bukan suka2 nak gedik dgn Ustaz Mukhriz. Bila ED dapat tahu tentang ni, lagilah ED nak tahu kisah mereka seterusnya.

8. Plot drama ini, semakin nak tamat, semakin dahsyat jalan ceritanya. I like it!


Saksikan episod akhir Sayangku Kapten Mukhriz hari ini. Ada kisah bahagia Awina dan Shamsul hari ini.

Episod hari ini juga memaparkan babak Zakuan kena tumbuk dengan Ustaz Mukhriz. Padan muka!

Pokoknya, episod final Sayangku Kapten Mukhriz petang nanti akan memberikan kepuasan kepada penonton. Terima kasih kepada semua team Sayangku Kapten Mukhriz yang terbaik. Udada Ubabye!!



ED: best drama ni...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...