label

ANDA PENGUNJUNG KE

Sabtu, 3 September 2016

(Akasia TV3) Sinopsis drama Lara Terindah

Berikut sinopsis drama Lara Terindah. Memang lara hidup Nelydia Senrose dalam drama ni..

Lakonan Nelydia Senrose dan Nazrief Nazri

Sinopsis:
Lara Terindah mengisahkan seorang jejaka bernama Razlan yang sangat anti dengan perempuan dan sentiasa memberi layanan buruk kepada mereka. Elena ialah penulis skrip drama yang bekerja di produksi yang sama dengan ibu Razlan, Puan Mimi. Kebencian Razlan terhadap Elena bermula selepas kemalangan kereta yang menyebabkan Razlan terlepas sebuah projek besar. Sejak itu, Razlan ingin membalas dendam terhadap Elena sekiranya mereka ditakdirkan untuk bertemu sekali lagi.
Razlan bertambah benci dengan Elena yang dianggap mahu mengambil kesempatan daripada ibunya. Malahan, Razlan juga memandang rendah terhadap Elena yang dilihat intim dengan Dato’ Kamal. Razlan mula berbuat baik dengan Nisa (Nonny Nadirah), pekerja baharu di syarikat Razlan yang mata duitan dan sering dijadikan mangsa bulinya. Tujuan Razlan berbuat demikian adalah kerana dia ingin mendekati Elena agar dia dapat membalas dendam. Apa yang Razlan tidak mengetahui adalah Nisa sebenarnya sudah mula menaruh perasaan terhadap Razlan dan bertekad untuk memilikinya.
Namun, siapa sangka Razlan telah jatuh hati dengan Elena dan bersedia untuk melamarnya. Nisa berasa cemburu dan menganggap dirinya telah dipergunakan oleh Razlan. Oleh kerana sakit hati yang teramat, Nisa telah mengupah Ali untuk merogol Elena.

Peristiwa hitam itu menyebabkan Elena terus memutuskan hubungannya dengan Razlan, walaupun Razlan masih berada di hatinya. Elena kemudiannya bertemu dengan Andi (Aidil Aziz), seorang pemalu dan sering membuat Elena bahagia. Akan tetapi, kehadiran Andi belum boleh membuatkan Elena melupakan dan meneruskan hidupnya tanpa Razlan di sisi. 

Elena tidak henti memohon petunjuk daripada Allah S.W.T… Adakah Elena akan melupakan Razlan suatu hari nanti? Siapakah yang akan dipilih oleh Elena untuk menjadi teman hidup sejatinya?
Ikuti kisah Elena dan Razlan dalam Lara Terindah yang ditaja oleh Qu Puteh, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.58 petang di slot Akasia, TV3. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia. Sumber: galaksi media

Ikuti perjalanan cinta antara Elena (Nelydia Senrose) dan Razlan (Nazrief Nazri) dalam drama romantik terbaharu, Lara Terindah, hasil terbitan OrangeTree Productions di bawah arahan Azmi Hatta dan nukilan skrip oleh Azmy Ariff. Drama bersiri 14 episod ini membariskan pelakon-pelakon seperti Aidil Aziz, Nonny Nadirah, Bil Azali, Rahhim Omar, Jasmin Hamid, Roy Azman dan Laila Nasir akan bersiaran pada 31 Ogos 2016 (Rabu), pukul 6.58 malam menerusi slot Akasia. Udada Ubabye!!



ED: selamat menonton

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...