label

ANDA PENGUNJUNG KE

Jumaat, 2 September 2016

(Destinasi) Jump Street, Austin Heights Water and Adventure Park

Hai, semalam ED bersama 4 orang sekerja telah pergi Austin Heights Water and Adventure Park. Kami bermain lompat trampoline di Jump Street di dalam Austin Heights Water and Adventure Park secara percuma. Kenapa percuma? Sebab masa tu ada promosi main percuma selama sejam untuk guru. Jadi, kami pun tak melepaskan peluang tersebut. Berikut cerita serta gambar2 yang sempat ED tangkap untuk tatapan anda.

Di pintu masuk Austin Heights Water and Adventure Park

Setibanya sampai, kami terus ke Jump Street untuk bermain lompat trampoline selama sejam

Nak main trampoline di sini, kena beli stokin khas. Harganya RM5.00.

Di sebelah Jump Street, ada tempat bermain ski.

Macam best je... ED tengok dari luar sahaja. Hehehe..

 Berdekatan dengan Jump Street juga, terdapat pusat fitness..

Bergambar dulu sebelum main trampoline..

Inilah tempat bermain trampoline nya.. Tepat pukul 3.00 petang, kami dibenarkan masuk dan bermain lompat-lompat di sini sehingga pukul 4.00 petang.

Video kami bermain trampoline. Lompat sembarang je..

 Penat wei!! Setengah jam je dah penat. Kata instructur di sana, melompat trampoline selama sejam bersamaan berjoging selama 3 jam.

 Main lompat2 kat sini pulak..

 Bergambar je lebih.. Hahaha..

 Bergambar lagi...

Tak mampu nak lompat sejam kat sini. Dah hujung2 masa, habiskan masa dengan bergambar je..

Habis masa...

Jom tengok, apa lagi yang menarik di Austin Heights Water and Adventour Park selain Jump Street.

 Waktu ni hujan, jadi ED snap gambar dari dalam. Di Austin Heights Water and Adventure Park ada laluan tergantung ni..

Laluan tergantung ni macam mencabar..

 Ada go-kart.

 Ada taman tema air.

Nah, harga tiket masuk jika datang ke Austin Heights Water and Adventure Park.

 Sebelum balik, bergambar kenangan di hadapan pintu masuk Austin Heights Water and Adventure Park.

 Bergambar lagi..

 lagi...

 Last sebelum balik. Hahaha..

Istimewa hari semalam, kami ditawarkan tiket masuk untuk main laluan tergantung, Jump Street dan mandi taman tema air dengan harga RM50 sahaja (Harga asal RM138). Kami sekali lagi tak melepaskan peluang tersebut. InsyaAllah kami akan ke sini lagi untuk main laluan tergantung dan mandi-manda di sini. Udada Ubabye!!



ED: tempat baharu di Johor Bahru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...