label

ANDA PENGUNJUNG KE

Isnin, 24 Oktober 2016

(Sembang) 7 penangan drama Patahnya Sebelah Sayap TV3

Hai, berdasarkan pemerhatian ED di media sosial EDtv, berikut 10 sebab kenapa drama Patahnya Sebelah Sayap amat disukai ramai penonton.

 7 penangan drama Patahnya Sebelah Sayap!

1. Pertama sekali, lakonan mantap semua pelakon, lebih2 lagi trio pelakon utama drama ini iaitu Ummi Nazeera, Aeril Zafrel dan Izzue Islam. Lakonan mereka sampai ke jiwa penonton. Ada yang terbawa2 simpati, menangis, geram dan terbuai menonton drama ini.

2. Ummi Nazeera dan Aeril Zafrel, kimia lakonan mereka sangat serasi ibarat kuih donat dan gula. Hehe.. Babak Khuzairi mengurat Alisha telah menyebabkan ramai penonton cair. Babak Ummi Nazeera disyak membunuh isteri Khuzairi telah menyebabkan ada  penonton yang menangis. Ni betul tau!

3. Izzue Islam berjaya membawa watak Amzar yang menyebabkan penonton marah dan mengamuk dalam hati. Kerana lakonannya yang berkesan, ada yang nak rasa tampar dan terajang dalam imaginasi. Hehehe.. Memang 100% geram dibuatnya. Ramai yang nak tengok kesudahan Amzar dalam drama ni. 

4. Jalan cerita drama ini yang semakin lama semakin mendebarkan dan menimbulkan tanda tanya menjadi daya tarikan drama ini diminati. Ada yang minta drama ini tayang setiap hari sebab tak puas tengok 3 kali seminggu.

5. Penangan drama ini juga turut mengundang kemarahan penonton kepada watak Mak Amzar yang berlagak, kawan Mak Amzar yang kepoh dan ayah Amzar yang mengikut sahaja telunjuk Mak Amzar. Setiap kali keluar watak  mereka, mulalah penonton rasa panas. Kira, lakonan mereka sangat menjadi.

6. Lagu latar drama ini juga menjadi kesukaan penonton. Bila drama ni disukai, dengan lagu2 dalam drama ni memberi kesan.

Lagu Eirul Samah, Lebih Dari Kata.

7. Nak sembang jujur ni, pada mulanya drama ini dibandingkan dengan sebuah drama Korea kerana jalan ceritanya dikatakan sama. Selepas drama ini popular dan bertakhta di banyak hati penonton, senyap terus perbandingan tersebut dan drama ini berjaya menenggelamkan perbandingan tersebut. Lihatlah penangan drama ini! ED memang kagum dengan situasi ini. Cayalah! Majoriti penonton menyukai drama ini dan cakap BEST!


Tahniah kepada semua team produksi dan semua pelakon drama Patahnya Sebelah Sayap. Serba-serbi terbaik drama ni. Montaj dan lagu tema drama ni pun ED suka. Udada Ubabye!!



ED: Syabas Creative Skill!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...