label

ANDA PENGUNJUNG KE

Jumaat, 28 Oktober 2016

(Sembang) Tukar kad atm baharu

Cerita pagi tadi, ED tukar kad atm lama kepada kad atm baharu.

Baru ED perasan, kad bank ED ni dah sangat lama dan buruk.

Tempat pertama yg ED pergi ialah di CIMB Bank. Kejap je urusan tetapi kena tukar nombor pin di mesin atm selepas kad baharu siap.

Selepas itu, ED pergi ke Maybank. Beratur panjang tetapi semua urusan selesai di kaunter termasuk tukar nombor pin.

Tara... inilah kad atm ED yang baharu. Ada tulisan perkataan MyDebit.

ED tanya juga tadi, apa perbezaan kad atm lama dengan kad atm baharu ni? Jawapan staf bank, perbezaan kad atm baharu ialah keselamatan pada cip kad ditingkatkan. Dengan bahasa mudah, kad atm baharu ni lebih selamat. Kepada anda yang belum tukar kad atm, tukar sebelum 1/1/2017. Bermula tahun depan, penukaran kad atm baharu akan dikenakan caj. Sekarang tengah free tau! Udada Ubabye!!



ED: Alhamdulillah, selesai urusan tukar kad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...