label

ANDA PENGUNJUNG KE

Isnin, 7 November 2016

(Akasia TV3) Sinopsis drama 7 Hari Mencintaiku

Hai, berikut sinopsis drama 7 Hari Mencintaiku.

Pelakon utama, Shukri Yahaya dan Siti Saleha.

Sinopsis:

7 Hari Mencintaiku memaparkan kisah Khuzairi (Shukri Yahaya) yang menikahi Mia (Siti Saleha) dalam keadaan terpaksa apabila tunangnya, Khalil (Engku Haris) menghilangkan diri pada hari pernikahan. Mia amat sayang dan percayakan Khalil. Tanpa usul periksa dan berbincang dengan ayahnya Datuk Megat Idrus (Zulkifli Idris), Mia telah menggunakan wang syarikat sebanyak RM23 juta untuk membantu syarikat Datuk Johari (Shaharuddin Thamby), iaitu ayah kepada Khalil yang sedang dibelenggui masalah kewangan. Mia yakin bahawa Khalil akan memulangkan wang tersebut. 
Pada hari pernikahannya, penantian Mia hanya menjadi sia-sia kerana rombongan Khalil bersama keluarganya tidak kunjung tiba. Rupa-rupanya, Datuk Johari yang licik telah memujuk anak lelakinya itu agar pergi ke Paris untuk berkahwin dengan perempuan pilihannya. Khalil sanggup mengkhianati Mia untuk menyelamatkan syarikat ayahnya.
Suasana bertambah huru-hara lagi apabila Datuk Megat Idrus diserang sakit jantung. Untuk menyelamatkan maruah Mia, Datuk Megat Idrus membuat permintaan agar Khuzairi berkahwin dengan Mia. Bermulalah kehidupan baharu Mia bersama Khuzairi di kampung. Mia tidak senang dengan kehidupan di kampung kerana dia menganggap tempat itu tidak sepadan dengan statusnya. Malahan, Mia juga melakukan pelbagai perkara supaya diceraikan oleh Khuzairi.
Khuzairi seorang yang penyabar dan mencuba sedaya upaya untuk memikat hati Mia. Sayangnya cinta seorang suami tidak mampu menandingi ego isterinya itu. Hubungan mereka selalu pasang surut sehinggalah pada suatu hari, Mia sanggup bertindak untuk meninggalkan suami dan anak kecilnya. Khuzairi terkilan dengan kedegilan Mia yang enggan menyusukan anaknya itu walaupun telah dipujuk.
Tiadanya Khuzairi di sisinya, barulah Mia sedar bahawa sebenarnya dia juga menyayangi Khuzairi. Mia akui dengan kesilapannya dahulu dan memohon maaf dengan Khuzairi. Mia juga merayu agar diberikan peluang kedua untuk membuktikan cintanya kepada Khuzairi dan anak mereka dalam tempoh tujuh hari.
Namun, cukupkah masa selama 7 hari itu untuk Mia cuba meraih kembali cinta Khuzairi? Jangan lupa untuk saksikan lakonan Shukri Yahaya dan Siti Saleha dalam drama 7 Hari Mencintaiku setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.58 petang di slot Akasia, TV3. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Sumber: Galaksi Media

Drama bersiri 28 episod ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Shukri Yahaya, Siti Saleha, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila dan Jaja Illiyes DFKL. Udada Ubabye!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...