label

ANDA PENGUNJUNG KE

Rabu, 23 November 2016

(Azalea TV9) Sinopsis drama Ainur Mardhiyah

Berikut sinopsis drama Ainur Mardhiyah yang mempunyai 20 episod ini akan bersiaran di TV9, slot Azalea mulai 22 November 2016. 
Lakonan Sura Sojangi, Zahiril Adzim, Niezam Zaidi dan ramai lagi.

Sinopsis:


“Bukan ku pinta mengemis kasih, namun takdir hidupku sedemikian” luahan seorang anak bernama Ainur Mardhiyah. Dihina dan dicaci oleh semua orang sekeliling hanya kerana status kelahirannya. Hidup tanpa mengetahui siapa bapanya dan ditinggalkan oleh ibu kandung sendiri lebih menyedihkan lagi hidup seorang gadis bernama Ainur Mardhiyah yang juga dikenali sebagai Dhiya. Dhiya dipandang hina dan tidak disukai oleh penduduk-penduduk kampung. Namun, selain nenek dan datuknya, Dhiya mempunyai dua sahabat baik, Saiful dan Kiflie yang sentiasa berada di sampingnya.

Malang tidak berbau, selepas taman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), nenek dan datuk Dhiya terlibat dalam satu kemalangan dan Dhiya tinggal bersendirian. Selepas itu, Dhiya nekad untuk berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menyambung pelajarannya di menara gading. Tanpa memberitahu sesiapa di kampung termasuk sahabat-sahabat baiknya, Dhiya pindah.

Untuk meneruskan kehidupan, Dhiya terpaksa bekerja separuh masa. Hidupnya sangat sukar dan dia terpaksa menjadi orang yang tabah untuk mengharungi kehidupannya seorang di bandar.
Pada suatu hari, Dhiya dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu oleh Aina. Aina membawa Dhiya ke klinik untuk dirawat. Mereka berbual dan menjadi semakin rapat apabila mengetahui tempat mereka belajar adalah sama.

ainur-mardhiyah-9Aina mengetahui tentang kesusahan Dhiya dan menawarkannya untuk bekerja di butik pakaian milik ibunya. Dhiya sangat bersyukur kerana boleh mencari rezeki untuk meneruskan kehidupannya. Sekali lagi, dugaan menimpa Dhiya. Dia disabotaj oleh Kak Lin, pekerja di butik ibu Aina. Pelbagai tomahan dan cabaran sepanjang dia bekerja di situ.

Dhiya terkejut apabila pertama kali berjumpa dengan ibu Aina, Ainul Mardhihah (Mar) yang sebenarnya merupakan ibu kandungnya. Mar termakan hasutan pekerjanya dan tidak mempunyai tanggapan baik terhadap Dhiya.

Selepas mengharungi pelbagai cabaran hidup, berjayakah Dhiya bersatu dengan ibunya? Bagaimana pula persahabatan Dhiya dengan Saiful dan Kiflie? Ikuti kisah Ainur Mardhiyah pada setiap hari Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam. Sumber: galaksi media

Layari laman web www.tv9.com.my serta Facebook, Twitter & Instagram TV9Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Penonton yang terlepas menyaksikan rancangan ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my. Saksikan drama AINUR MARDHIYAH terbitan Creative Skill Solution, arahan Zamri Zakaria yang membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Sura Sojangi, Zahiril Adzim, Niezam Zaidi, Khaty Azean, Delimawati, Zaryn Min, Rahim Kidol, dan Ramli Saleh. Udada Ubabye!!



ED: selamat menonton

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...