label

ANDA PENGUNJUNG KE

Rabu, 23 November 2016

(Iris TV3) Sinopsis drama Love You Mr. Arang

Jom tengok sinopsis drama terbaharu slot Iris TV3, Love You Mr. Arang yang bermula pada 6.30 petang ini.

Pelakon utama Hanna Aqeela dan Amirul Faqeem.

Sinopsis:
Ibu Irma, Datuk Sherry yang berangan untuk mempunyai menantu yang kulitnya cerah dan putih melepak itu terus hanyut apabila Irma memperkenalkan bakal suaminya, Fariz. Tidak puas hati dengan pilihan Irma, Datuk Sherry terus menggelar Fariz yang berkulit gelap sebagai Mr. Arang.
Fariz pula berasal dari kampung dan merupakan sumber pendapatan bagi keluarganya. Satu hari, Fariz terlanggar kereta Irma. Irma terus mengamuk dan meminta ganti rugi sebanyak RM 5 ribu. Fariz terkejut dimarahi oleh Irma walaupun dia yang bersalah. Bagi Fariz, maruahnya seperti tercalar dan egonya tercabar.
Selepas insiden kemalangan itu, Irma tidak menerima apa-apa berita daripada Fariz. Irma didesak oleh ibunya lagi dan mahu dikahwinkan dengan sepupunya, Imran. Mengetahui niat Imran sebenarnya mempunyai agenda untuk mengambil alih syarikat ibunya, Irma tolak serta-merta.
lyma-1Tidak mempunyai pilihan lain, Irma hanya boleh memikirkan Fariz seorang sahaja lagi yang boleh menyelamatkannya daripada paksaan Datuk Sherry. Fariz dijadikan mangsa buat Irma dengan perjanjian hutang Fariz dapat dilangsaikan jika Fariz bersetuju untuk menjadi teman lelakinya. Irma juga berjanji dia tidak akan mengganggu Fariz lagi selepas itu. Fariz terpaksa bersetuju.
Datuk Sherry yang langsung tidak menyukai Fariz mengesyaki hubungan sebenar anaknya dengan Fariz lalu mendesak Irma untuk berkahwin kerana dia ingin menguji. Namun, Encik Azman, ayah Irma sangat sukakan cara Fariz kerana Fariz menyerupai hidupnya masa muda dulu.
Akhirnya Irma mahu mengupah Fariz sebagai suami kontrak untuk tiga bulan. Manakala, Fariz pula mendapat idea untuk mengenakan Irma. Fariz meletakkan syarat bahawa Irma perlu ikut dia balik ke kampung. Fariz membuat beberapa permintaan yang melampau dengan harapan Irma akan insaf dan membatalkan niatnya. Irma hanya menuruti semua permintaan Fariz. Di kampung, Irma terharu dengan layanan baik oleh Mak Tom, ibu Fariz.
Bagaimanakah hidup rumah tangga mereka? Adakah cinta bakal hadir di antara Fariz dan Irma? Saksikan drama “Love You, Mr Arang’ lakonan Amirul Faqeem DFKL dan Hanna Aqeela yang bakal menghiasi slot Iris, TV3 bermula 23 November 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.30 petang.
Sumber: galaksi media

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia. Bagi sesiapa yang terlepas untuk menonton di kaca televisyen, anda juga boleh layari laman web www.tonton.com.my. Ikuti kisah hidup Irma (Hanna Aqeela) dan Fariz (Amirul Faqeem DFKL) menerusi drama bersiri 20 episod terbitan Primeworks Studios, arahan daripada Along Kamaludin ini. Drama bersiri ini turut membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Zarina Zainoordin, Maria Farida, Ryzal Jaafar, Dazrin Kamaruddin, Mustapha Kamal dan Zalif Sidek. Udada Ubabye!!



ED: selamat menonton

1 ulasan:

  1. Haha. Baca tajuk drama je dah boleh agak hero nya tinggi lampai kacak dan hitam orangnya

    Tall dark and handsome

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...