label

ANDA PENGUNJUNG KE

Ahad, 6 November 2016

(Sembang) Layanan mesra daripada pekerja UO Pasir Gudang

Pagi tadi ED beli barang dapur di UO Pusat Bandar Pasir Gudang.

UO Pusat Bandar Pasir Gudang. Kelebihan berbelanja di sini ialah orang tak ramai.

Jauh juga jarak rumah ED ke Pusat Bandar Pasir Gudang. Gara2 baucar UO yg ED dapat sebelum ini expired pada hari esok, nak tak nak, kena pergi UO jugak. ED pilih UO Pasir Gudang sebab balik nak singgah Mydin Taman Rinting.

2 peristiwa di UO tadi buat ED respek dengan pekerja UO di Pasir Gudang. Pertama, layanan mesra ketika ED beli ayam tua. Pekerja bahagian ayam tu siap beritahu ayam baharu dan ayam semalam supaya ED pilih ayam yang segar. Lepas tu, cara dia potong ayam tu pun cermat siap potong kuku kaki ayam.

Kedua, layanan cashier. ED tanya tentang jumlah point kad ahli ED dan bila boleh tebus baucar? Dia pun jawab & beri cadangan bernas sekali. Dia cakap jangan tebus dulu sebab hujung bulan ni ada jualan murah untuk ahli. Wah, best2...

Keluar dari UO tadi, ED sangat gembira dgn layanan yg diberikan. Terima kasih pekerja UO Pasir Gudang. Udada Ubabye!!



ED: selalu pergi UO Angsana..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...