label

ANDA PENGUNJUNG KE

Jumaat, 16 Disember 2016

(Azalea TV9) Sinopsis drama Diari Cinta Kita

Diari Cinta Kita yang mempunyai 20 episod ini akan bersiaran menerusi slot Azalea mulai 16 November 2016, Setiap Selasa hingga Ahad, 8.30malam. Saksikan drama Diari Cinta Kita terbitan Sekutu Saujana Production Sdn Bhd, arahan Nazir Jamaluddin yang membariskan pelakon- pelakon hebat seperti Tasha Shilla (Nurul Iman), Fezrul Khan (Hakim) dan Ayu Raudhah (Aqilah).


Lakonan utama  Tasha Shilla, Fezrul Khan dan Ayu Raudhah.

Sinopsis:

Doktor Aqilah pada mulanya ingin menyembunyikan perkahwinannya dengan suaminya kerana tidak mahu melukakan hati isteri pertama Hakim, Nurul Iman. Tambahan lagi, Aqilah tidak sanggup memberitahu kebenaran kepada Nurul Iman yang juga merupakan kawan baiknya.
Nurul Iman dan Hakim sudah 7 tahun berkahwin namun mereka belum dikurniakan anak. Pelbagai usaha telah mereka lakukan untuk mendapatkan anak tetapi hasilnya tetap tiada. Walaupun tidak mempunyai cahaya mata, hidup mereka berdua seperti pengantin baharu dan tetap romantik setiap hari.
Setelah Nurul Iman disahkan mengidap kanser usus tahap satu, dia mula murung. Hakim telah mengambil cuti demi menjaga isterinya buat sementara waktu. Walaupun tertekan, Hakim berjanji bahawa dia tidak akan sekali-kali tinggalkan Nurul Iman walau apa pun yang bakal berlaku pada masa hadapan. Hidup matinya hanya untuk Nurul Iman.
Nurul Iman terharu dengan kasih sayang dan perhatian yang diberikan oleh Hakim. Dia telah mendapat semangat baharu dan bertekad menjalani rawatan untuk sembuh. Hakim lebih kerap menemani Nurul Iman. Di situlah permulaan perkenalan Hakim dengan Doktor Aqilah yang merawat Nurul Iman.
Kasih sayang yang ditunjukkan oleh Hakim dan Nurul Iman membuatkan Doktor Aqilah mula menyimpan perasaan terhadap Hakim. Walaupun dia sedar bahawa dia sudah bertunang dengan seorang lelaki lain, tetapi dalam hatinya ialah Hakim.
Kekerapan pertemuan mereka untuk rawatan Nurul Iman menyebabkan Hakim dan Doktor Aqilah semakin rapat. Mereka bertiga sering keluar bersiar-siar dan menghabiskan masa bersama. Hakim juga tertarik dengan ketulusan dan kebaikan Doktor Aqilah. Mereka berdua cuba mengawal perasaan kerana tidak sanggup melukakan hati Nurul Iman.
Akhirnya Hakim dan Aqilah berkahwin tanpa pengetahuan Nurul Iman. Mereka berdua meneruskan hidup seperti biasa tetapi Hakim tidak pernah bermalam di rumah Aqilah. Menjadi isteri kedua kadang kala membuatkan Aqilah sunyi. Oleh itu, Aqilah melepaskan semua isi hati di dalam diarinya.
Saat Nurul Iman mengetahui kebenaran tentang suaminya dan kawan baiknya, hatinya hancur luluh seolah-olah tidak boleh menerima kebenaran bahawa dirinya telah dimadukan. Sejak itu, Nurul Iman tidak lagi meneruskan rawatannya. Aqilah rasa bersalah kerana dia menganggap dirinya sebagai punca penyakit Nurul Iman menjadi mudarat. Dia juga menyesal kerana mengkhianati Nurul Iman. Aqilah telah meluahkan perasaannya dan menulis dalam diarinya.
Apakah yang akan terjadi kepada Nurul Iman? Adakah keputusan Hakim dapat memberikan kebahagiaan kepada 2 perempuan yang amat dikasihi? Apakah yang tersimpan dalam diari Aqilah? Ikuti kisah Diari Cinta Kita pada setiap hari Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam bermula 16 November ini.
Layari laman web www.tv9.com.my serta Facebook, Twitter & Instagram TV9Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Penonton yang terlepas menyaksikan rancangan ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my. 
Sumber: Galaksi Media

Selamat menonton. Udada Ubabye!!



ED: Dah lama tak tengok Tasha Shilla berlakon

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...