label

ANDA PENGUNJUNG KE

Jumaat, 2 Disember 2016

(Eksklusif) Telemovie Seindah Takdir Cinta Raya, akan datang 2017

Sempena wajah baharu blog EDtv, ED nak share dgn anda tentang satu berita ni. ED telah dimaklumkan bahawa drama Seindah Takdir Cinta akan disambung dalam telemovie Seindah Takdir Cinta Raya (STCR). Pastinya telemovie ini akan tayang pada Raya tahun hadapan.

Menurut penerbit, telemovie STCR masih mengekalkan Amyra Rosli dan Saharul Ridzwan. Redza Rosli dan Mira Filzah akan menjadi watak baharu dalam telemovie ini. Wah. Menarik kan?


Eksklusif untuk anda, ED bocorkan sedikit cadangan sinopsis untuk STCR:
Mia dengan Shariman, akan melangsungkan perkahwinan. Pada suatu hari, Mia terlanggar pemuda yang seiras dengan Adrian. Mia mula berubah dan ingin memutuskan perkahwinannya.  Bagaimanakah kesudahan kisah takdir cinta Mia dan Adrian?

Terima kasih Hajizil maklumkan ED tentang berita ini. Semestinya ini khabar baik untuk peminat setia drama Seindah Takdir Cinta. Kita tunggu update seterusnya tentang STCR ye. Udada Ubabye!!

ED: menarik!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...