label

ANDA PENGUNJUNG KE

Selasa, 6 Disember 2016

(Maulidur Rasul TV3) Telemovie Bening Cahaya Maulid

Hai, saksikan telemovie khas Maulidur Rasul di TV3, Bening Cahaya Maulid.

Lakonan utama Elvina dan Idris Khan.

Sinopsis:
Suria bakal melahirkan anak sulungnya tetapi suaminya Hamdan, masih sibuk dengan persiapan Perarakan Maulidur Rasul. Walaupun Hamdan melakukan suatu perkara yang baik, dia sering mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami di rumah. Suatu hari, Suria mengejut Hamdan dan meminta bantuan untuk membawanya ke hospital pada pukul 5 pagi. Hamdan panik kerana dia perlu ke perkarangan masjid untuk memulakan perarakan pada pukul 6 pagi. Adakah Hamdan akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan membawa isterinya ke hospital?


Telemovie ini akan disiarkan pada Isnin depan 10 malam di TV3. Udada Ubabye!!



ED: selamat menonton!

2 ulasan:

  1. Selalu juga ternanti nanti drama yang ada pengisian dan sarat dengan pengajaran ๐Ÿ˜„

    Tapi selalunya hampa

    Sebab tajuk saja manis bersari madu. Isinya tawar bak pisang muda yang belum masak. ๐Ÿ˜‚

    ๐ŸŽ‰๐ŸŽ‡ Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan ๐ŸŽ‘๐ŸŽ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, selalu komen blog saya. Terima kasih :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...