label

ANDA PENGUNJUNG KE

Khamis, 22 Disember 2016

(Sembang) 20 yang menarik tentang drama 7 Hari Mencintaiku

Hai, sempena episod akhir drama 7 Hari Mencintaiku hari ini, ED nak kongsi dengan anda tentang 20 yang menarik tentang drama ini. Ini berdasarkan pemerhatian ED tentang drama ini di kaca TV dan komen2 followers EDtv di media sosial. Dah bersedia? Jom!

Para pelakon drama 7 Hari Mencintaiku yang berjaya membawa watak masing2 dengan cemerlang.

 20 yang menarik tentang drama 7 Hari Mencintaiku:
  1. Apabila novel 7 Hari Mencintaiku diumumkan akan didramakan, ramai yang tak sabar nak tengok. Mereka tak dapat bayangkan betapa hebatnya drama ini nanti. Terbukti, drama ni memang hebat.
  2. Montaj drama ini sangat cantik, setanding dan lebih cantik daripada montaj telenovela Amerika Latin. Sawah padi dalam montaj tu secara tak langsung menggambarkan identiti negara kita.
  3. Semua pelakon berjaya membawa watak dengan berkesan dan cemerlang sehingga muncul fenomena watak2 dalam drama ini. Contohnya, Team Pak Samad, Team Buntat, Team Mia dan ramai lagi.
  4. Siti Saleha sebagai Mia Adriana berjaya menggeramkan penonton dengan wataknya yang ego dan antagonis pada awal cerita tetapi sebaliknya di hujung cerita. Ramai pulak yang sedih bila dia nak kembali pada Khuzairi, Khuzairi pulak tak nak.
  5. Shukri Yahaya sebagai Khuzairi, watak yang paling dikagumi penonton kerana sangat baik dalam drama ni. Ramai yang suka tengok watak dia lebih2 lagi bila dia buat muka kesian atau muka sekupang. Hehehe...
  6. Aman Graseka sebagai Pak Samad, rasanya 100% penonton suka watak Pak Samad. Paling win dalam drama ni, bila Pak Samad tengking Mak Leha sampai bergegar gambar dalam TV. Pertama kali tengok drama, ada special effect gegaran macam ni.
  7. Liza Abdullah sebagai Mak Leha, menjadi betul watak dia. Babak paling best, bila Mak Leha nak kenakan Mia, Pak Samad caras Mak Leha. ED suka tengok babak tu..
  8. Wan Sharmila sebagai Sofi, wataknya juga disukai penonton kerana manis tutur kata dan kawan sejati kepada Mia. Natural je dia bawa watak Sofi tu.. Babak paling win, bila dia tegur mak Mia dan Khalil dengan tegas waktu dia tahu rancangan jahat Khalil dan Mak Mia.
  9. Syazwan Zulkifly sebagai Helmi. Dia ni kalau bawa watak jahat memang pakar. Tak perlu dinafikan lagi. Terbaik lakonan dia! Babak paling win semestinya waktu Helmi kantoikan Ila mengandung anak luar nikah.
  10. Adik Arif sebagai Buntat, lakonan comel yang disukai dalam drama ni. Waktu babak Buntat mati, ramai yang sedih dan ada juga yg menangis. Fenomena Buntat mula muncul selepas wataknya dimatikan. Popular Buntat!
  11. Jaja Iliyes sebagai Nadia, lakonannya juga disukai penonton dalam drama ni. Babak paling win, waktu Nadia sindir mak dan abang dia.
  12. Faye Kusairi sebagai Syakila, wataknya juga memberikan kesan kepada penonton. Ramai yang benci watak Syakila. Jadi, berjaya la dia bawa watak tu..
  13. Paling ED suka dalam drama ni ialah penggunaan lagu latar Exist Mengintai Dari Tirai Kamar, menimbulkan mood tersendiri dalam drama ni. Jarang drama2 sekarang nak guna lagu popular dolu2 ni..
  14. Gegaran dalam drama ni juga akan diingati penonton, ada beberapa episod yang bergegar semasa babak Pak Samad marah dan waktu Khuzairi marah pun ada bergegar jugak.
  15. Jalan cerita yang ditulis oleh Siti Rosmizah Semail sangat best, banyak babak sedih  dan banyak unsur suspen. Nak masuk episod akhitr pun ada suspen. Yang belum baca novel, memang bertambah best tengok drama ni sebab tak tahu lagi jalan cerita.
  16. Tajuk 7 Hari Mencintaiku pun disukai dan diperkatakan netizen kerana tajuknya tidak klise dan tidak memualkan. Maaf, segelintir penonton mula jemu dengan banyak tajuk drama sekarang yang "tuuuttt.." (faham2 sendiri ye). Nanti blog EDtv dikecam pulak. Hehehe..
  17. Drama 7 Hari Mencintaiku dilabelkan drama terbaik 2016 kerana kekuatan jalan ceritanya dan lakonan semua pelakon. Tiada sebarang berita kontroversi yang berlaku di luar drama untuk menaikkan rating drama ini. Rating drama ni pun meletup tau!
  18. ED difahamkan juga, drama ini juga diikuti oleh penonton2 yang tidak suka menonton drama Melayu sebelum ini. Drama ini berjaya menarik minat ramai penonton yang dulunya tidak minat menonton drama Melayu, apatah lagi yang memang minat drama Melayu seperti ED. Amazing!
  19. Suasana kampung seperti dalam drama ini juga disukai ramai penonton. Memang terasa suasana kampung dalam drama ni. Cara bercakap Pak Samad dan Mak Leha juga menambahkan lagi suasana kampung itu. 
  20. Episod akhir drama ini pasti ditunggu ramai dan selepas tamatnya drama ni, ramai yang rasa tak puas nak tengok drama ni kan? Drama ni memang selalu menjadi buah bibir penonton. Terbaik!


Antara babak episod akhir drama 7 Hari Mencintaiku hari ini.

Mak Leha, Sofi, Nadia dan Mia Adriana.

Kalau buka youtube, taip Exist, tajuk lagu yg keluar dulu ialah mengintai dari tirai kamar. So? Faham2 sendiri ye..


Ulasan EDtv di twitter tentang ini paling banyak diretweet di twitter.

Oke, dah panjang ED cerita, akhir sekali nak ucap terima kasih dan tahniah kepada semua team drama ini kerana mempersembahkan drama yang bermutu tinggi. Udada Ubabye!!



ED: Terbaik semua!

8 ulasan:

  1. Walau panjang berjela2 ED tulis.. sya tetap sukaaaa.. mmg terbaik kebaboom drama ni sbab semua watak ada kekuatan masing2, tidak hanya bergantung kpd hero & heroin.. klau tak menang any award taktau lah ye.. Tahniah utk smua team 7 Hari Mencintaiku #TeamMiaAdriana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Drama ni paling best.. Sb ending dia x trgantung. Setngah drama mesti ending trgantung..huhu. #7harimencintaiku mmg trbaik!!

      Padam
  2. bagi saya, drama ni 70% lebih fokus kepada suasana hidup di kampung, yang mana jarang-jarang sekali drama melayu sekarang memaparkan suasana sebegitu. harap novel Lafazkan Kalimah Cintamu karya Siti Rosmizah juga bakal diadaptasi selepas ini. sebab kehebatan jalan cerita novel tersebut searas dengan 7 Hari Mencintaiku. apapun, tahniah and all the best for them in the future!

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Serious sy memang suka gila drama 7HM ni..semua pelakonya trbaik (harap sgt2 ade yg dapat anugerah pelakon terbaik nanti),sampai ade fenomena Buntat LG, trbaik.. selalunya sy x follow Sgt drama kul 7 ni sbb kebanyakannya membosankan...Tp 7HM mmg sgt2 best..dan saya rase brgantung jugak pd production yg menghasilkannya, kalo xsilap cite ni Ziela Jalil yg buat kan? Die kan pernah buat cite Dia Isteri luar Biasa dulu,ha cite tu pon best jugak..tgk la sume pelakonya brjaya bawak watak(lg2 watak kak long tu )...mcm tu jgak cite 7HM mmg saya suka cite trbitan drpd Ziela Jalil ni tambah2 pula novel drpd penulis yg bagus2 .. Ed, 7HM versi raya xde ke? Hehe
    Harap2 novel Lafazkan Kalimah Cintamu karya Siti Rosmizah diterbitkan drpd production yg sama

    BalasPadam
    Balasan
    1. X tau lg. Kita tunggu & lihat nanti.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...