label

ANDA PENGUNJUNG KE

PERHATIAN

Ahad, 11 Disember 2016

(Sembang) 5 sebab Ayda Jebat selalu menang anugerah undian peminat

ED tertarik nak bersembang tentang Ayda Jebat selalu menang anugerah yg melibatkan undian peminat. ED rasa mungkin ini 5 sebabnya berdasarkan pemerhatian ED.

Ayda Jebat

5 sebab Ayda Jebat selalu menang anugerah undian peminat:

1. Tuah dan rezeki Ayda Jebat. Selepas drama Rindu Awak 200%, populariti Ayda Jebat naik mendadak. Ramai yg menyukainya. Allah berikan Ayda Jebat rezeki dgn peminat yg ramai.

2. Kelab peminat Ayda Jebat yg bersatu hati. ED memang nampak Ayda Jebat mempunyai kelab peminat yg ramai & dahsyat. Di mana ada Ayda, di situ ada AJ Screamers. ED yakin kelab2 peminat Ayda Jebat ada rangkaian dan hubungan yg kuat. Sebab tu, nampak sangat Kelab Peminat Ayda Jebat ni bersatu hati. Untung Ayda Jebat!

3. Personaliti Ayda Jebat yg ramah, kreatif, sporting dan tidak hipokrit menyebabkan ramai yg menyukainya. Ayda Jebat selalu memberikan yg terbaik untuk peminat2nya. 

4. Bakat Ayda Jebat sentiasa ada di kaca tv. Jika tidak berlakon, dia menyanyi. Kesannya, peminat sentiasa dapat tengok bakat Ayda Jebat di kaca tv. Ini menyebabkan hubungan Ayda Jebat dengan peminatnya sentiasa ada dan terus kuat.

5. ED memang tabik dengan yg ni... Ayda Jebat sangat dekat dengan peminatnya. Salah satu cara Ayda Jebat menghargai peminatnya dgn memasukkan lirik lagu AJS dlm lagu pencuri hati. AJS tu Ayda Jebat Screamers. Siapa tak bangga kalau orang yg kita minat menghargai usaha kita meminatinya.



Kesimpulannya, peminat artis sentiasa mahukan artisnya sentiasa menang dalam mana2 anugerah pun. Jadi, kita tak boleh salahkan artis jika asyik dia je menang dalam anugerah yg melibatkan undian peminat. Jadi, fikir secara positif. Bersainglah secara positif. Udada Ubabye!!



ED: paling utama, rezeki daripada Allah, siapa kita untuk menidakkan...

1 ulasan:

  1. Lagu baru pun ada sebut AJS.. not her fan but she is blessed..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...