label

ANDA PENGUNJUNG KE

Rabu, 7 Disember 2016

(Sembang) Bateri kereta habis betul-betul depan bengkel kereta

Alhamdulillah, ini cerita tadi. ED memang keluar nak tukar bateri kereta di bengkel yang biasa family ED pergi. Belum sampai lagi di bengkel tu, bateri kereta ED habis di tengah jalan. ED terus belok ke kiri sebab nak ketepikan kereta di bahu jalan. Allahu Akbar, ED tak sangka rupa-rupanya ED belok betul-betul di hadapan bengkel kereta (tapi bukan bengkel kereta yg ED nak pergi tu). Allah mudahkan urusan ED.

Pekerja bengkel itu menukar bateri kereta ED. Ramah betul pekerja Cina tersebut. Muda lagi pekerja tu..

Waktu kereta ED habis bateri, selamat waktu nak turun bukit. Jadi kereta boleh bergerak lagi. Kalau tak, menolaklah ED... 

Di bengkel inilah kereta ED habis bateri tadi.

Alhamdulillah, selesai urusan tukar bateri. ED memang dah tahu bateri kereta nak habis sebab meter kereta ED tak betul bacaannya. ED isi petrol penuh tetapi bacaan meternya sedikit. Tadi, pekerja tu pun cakap macam tu.. Udada Ubabye!!



ED: kalaulah terberhenti tengah jalan waktu panas.. Tak dapat bayangkan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...