label

ANDA PENGUNJUNG KE

Ahad, 4 Disember 2016

(Sembang) Pertama kali cuba cuka epal

Selamat pagi. Pagi ini pertama kali ED nak mula dan cuba amalkan pengambilan cuka epal. Selepas ED baca di internet, cuka epal dikatakan bagus untuk kesihatan.

ED beli cuka epal jenama Heinz di Tesco.

Secara ringkas, khasiat cuka epal ialah dapat membantu mengurangkan tahap kolestrol, bagus untuk penghadaman, bagus untuk cuci usus, bagus untuk radang, bagus untuk nyahtoksin kotoran dalam badan dan BAGUS MENGURANGKAN BERAT BADAN. Jujur, ED nak kurangkan berat badan pada waktu cuti sekolah ni. Hehehe...

Cara minum, ED campur 2 sudu besar ke dalam air masak. Minum pagi ketika perut kosong atau masih belum bersarapan.

Rasanya masam tapi masih boleh ditelan. Ada la rasa epal di hujung2 minum tu.. Nama pun cuka kan? Oke, beri ED tempoh 3 minggu untuk cuba cuka epal ni. Nanti ED beritahu resultnya, turun atau tak berat badan ED. Udada Ubabye!!



ED: buat jeruk sedap pakai cuka epal ni..

2 ulasan:

  1. Makan cuka ni termasuk dalam pemakanan sunnah juga.

    Cuka kurma pun bagus. 😍

    ⛔⛔ Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan ⛔⛔

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...