label

ANDA PENGUNJUNG KE

Jumaat, 9 Disember 2016

(Skrin di 9 TV9) Sinopsis telemovie Syurga di Hujung Jalan

Hai, berikut sinopsis telemovie Syurga Di Hujung Jalan.

Pelakon utama, Nazeera Sardi dan Iedil Putra.

Sinopsis:

Zaliya merupakan bekas pelatih Sekolah Tunas Bakti yang dimasukkan ke sekolah tersebut atas kesalahan mengedar dadah di bawah umur. Kejadian tersebut telah merubah seluruh kehidupan Zaliya apabila ayahnya meninggal dunia akibat terkejut dengan berita tersebut manakala ibunya terus memusuhinya kerana menyebabkan kematian ayahnya.

Ibunya yang selama ini penyayang dan lemah lembut bertukar menjadi dingin dan melayan Zaliya dengan buruk akibat tidak dapat menerima hakikat kematian suaminya. Nasib Zaliya disangkakan berubah selepas perkenalannya dengan Hadif,anak Penghulu Kampung. Hadif yang disangkanya mampu menjadi penyelamat hidupnya juga bukanlah seperti yang diharapkan. Hadif anak tunggal kesayangan pasangan Penghulu Haji Ramli dan isterinya merupakan spoilt brat son yang tidak pernah dihampakan permintaannya selama ini. Ketaksuban penghulu terhadap anak tunggalnya itu menyebabkan dia sanggup melakukan apa saja termasuk membekal wang untuk kegunaan membeli dadah.

Tanpa sedar Hadif merupakan penagih dadah yang cuba untuk berubah sebaik mengenali Zaliya.Malangnya tanpa sokongan keluarga,manalah mungkin pasangan sementah ini bisa mengubah nasib mereka. Apakah yangberlaku selanjutnya? Siapa Marini dalam kehidupan Zaliya sebelum ini?Apakah hubungan Marini dengan semua yang bakal berlaku? Nantikan Syurga di Hujung Jalan menerusi slot Skrin di 9, bakal menemui anda sempena Maulidur Rasul nanti pada 12/12/2016 (12 Disember 2016). 

PELAKON:
NAZEERA SARDI - Zaliya
IEDIL PUTRA - Hadif
MAWAR RASHID - Marini
ZARINA ZAINUDDIN - Salmah
PAK RAFI - Haji Ramli
DELIMAWATI - Hajah Faridah
IEKA ZULKIFLI -Cikgu Noor





Jadi, saksikan telemovie Syurga di Hujung Jalan pada 12 Disember ini, 8.30 malam di TV9. Udada Ubabye!!



ED: selamat menonton

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...