label

ANDA PENGUNJUNG KE

Ahad, 8 Januari 2017

(Jual Novel) Family Tuan Ihsan


TAJUK : FAMILY TUAN IHSAN
PENULIS : SARA KYOKO
HARGA: RM 29.00 (SM), RM 32.00 (SS) - 
***(Tidak Termasuk Caj Penghantaran)

BLURB:

Cinta tak kenal siapa. Kalaulah cinta kenal siapa mangsanya, takkan Seroja Irdina a.k.a. si diva sengal, dan Tuan Ihsan a.k.a. si pakcik tua ini jatuh cinta dan kini sedang membina keluarga bahagia?
Jawatan tetap sebagai ‘isteri Tuan Ihsan' sudah berjaya didakap oleh Seroja dengan jayanya. Tahniah, Seroja! 
Sekarang ini, adalah waktu untuk menaiktarafkan jawatan itu kepada ‘isteri solehah Tuan Ihsan' pula. 
Bukan mudah hendak jadi isteri solehah, tau. Lebih-lebih lagi kepada seorang ahli perniagaan yang berjaya seperti Tuan Ihsan. Berjaya dalam bidang yang diceburi, harta benda yang melimpah, berusia 52 tahun, tapi masih lagi segak dan bergaya; sudah pastilah ramai saja langau-langau yang bakal mengganggu suami Seroja!

Thanks for the compliments. I'll be seeing you later. Take care.

‘Hawa? Hawa mana pulak ni? Hawa dingin? Hawau?’ – Seroja
Kadang - kadang, akibat perbezaan usia yang ketara antara pasangan suami isteri ini, pasti ada pergeseran yang bakal tercetus dan boleh menggoncang keharmonian rumah tangga.

“Seroja, Seroja. How can I put some sense into your head? I dah kata berkali-kali. Grow up.” - Tuan Ihsan

Apabila cemburu menguasai diri, niat murni hendak menjadi yang terbaik buat pasangan masing-masing mulai menemui jalan buntu!

“Apa pulak yang tak kena dengan I?” - Tuan Ihsan

“Memang banyak yang tak kena dengan you!” - Seroja

Kalau begini gayanya, macam manalah Seroja hendak jadi isteri solehah? Bagaimana pula Tuan Ihsan menangani krisis rumah tangganya? Dan... cinta ini pula, akan kekalkah sampai ke Jannah?

Lima orang anak yang banyak tingkahnya, sekumpulan pekerja kepoh yang gemar skodeng dan seorang isteri muda belia yang sentiasa ‘berangin', suka ataupun tidak, inilah ‘Famili Tuan Ihsan'!

Kalau nak beli mesej ED di facebook, twitter atau instagram. Nak emel pun boleh. Udada Ubabye!!



ED: sambungan novel Isteri Tuan Ihsan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...