label

ANDA PENGUNJUNG KE

Selasa, 24 Januari 2017

(Jual Novel) Sinopsis novel Dia Anak Jeneral

Siapa nak beli novel ni, boleh mesej ED di media sosial EDtv.


DIA ANAK JENERAL

RM 25.00
RM 28.00

#belum termasuk kos postage

Sinopsis:-

KALAU sudah nama berbintikan Hambali, semuanya akan diatur…termasuklah mencari calon suami. Bila Leftenan Jeneral kata hitam, maka hitamlah warnanya. Walaupun ketika itu, pelangi sudah jadi 14 warna, Syirin harus akur.

Kehadiran Zakhif, telah menggoyahkan hati Syirin. Kali pertama bertentang mata, dia dan Zakhif saling terpesona. Saat bertegur sapa, hati dibaluti bahagia. Bila tidak bertemu, ada rindu yang menderu.

Tetapi Zakhif sedar siapa dia. Bagaimana kuatnya cinta terhadap Syirin, hebat juga risiko yang menanti. Lalu Zakhif cuba menjauh. Namun, Syirin semakin mendekat dengan satu tekad.

“Kalau awak datang ke rumah berjumpa ayah dan mak saya…saya terima pinangan awak.”

Zakhif mula pening! Mampukah dia menghantar rombongan? Yang ingin dipinang itu srikandi Leftenan Jeneral Hambali. Pikat bapa mertua lebih mencabar daripada memikat anaknya! Argh…ini kisah cinta yang mudah tetapi bertukar payah. DIA ANAK JENERAL menjadi epik cinta yang indah.

Bakal diadaptasi ke drama, Dia Anak Jeneral lakonan Fattah Amin.dan.Niena Baharun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...