label

ANDA PENGUNJUNG KE

Selasa, 31 Januari 2017

(Jual Novel) Sinopsis Syurgaku Tak Sempurna


AKANKU TUNTUT SYURGA YANG SEMPURNA SEPERTI YANG KAU JANJIKAN UNTUKKU...

NOVEL TERBARU KELUARAN BULAN FEBRUARI !!!

Tajuk: Syurgaku Tak Sempurna (Diadaptasi dari Drama)
Penulis: Sara Aisha 
Terbitan: Karyaseni
ISBN: 978-967-469-039-7
Harga: RM28.00 (Semenanjung) // RM31.00 (Sabah & Sarawak)
#tidak termasuk postage
Terbitan : Februari 2017

**********************

Pertama kali menatap Zalia, hati Tengku Zarif berdetak hebat. Dia yakin itulah kasihnya. Itulah cintanya. Biar ibu membenci, biar satu dunia melawan, cintanya buat Zalia tidak akan pernah berganjak. 

“Tengku buat saya tak tahu nak buat apa.” – Zalia

“Awak boleh buat satu perkara. Marry me, Zalia!” – Tengku Zarif

Seperti pasangan yang lain, mereka melalui bahtera perkahwinan yang indah. Cinta memekar wangi. Anak pengikat kasih. Bagi Zalia, itulah syurganya. Cukup sempurna.

Namun, mereka terlupa. Seorang Tengku Zaharah tidak akan berhenti selagi tidak mendapat apa yang diingini. Pernikahan mereka perlu dihancurkan! Itu sumpah Tengku Zaharah. Dia sanggup berbuat apa sahaja. Walaupun mengorbankan nyawa. 

“Aku tak nak dia ada dalam keluarga aku. Aku kena buat sesuatu.” – Tengku Zaharah

Kemunculan semula Fariena, membuatkan syurga mereka semakin goyah. Zalia cuba bertahan. Tetapi sekuat mana pun dia, apabila terlampau digasak, akhirnya tersungkur jua. Tanpa rela, dia mengambil keputusan yang menghancurkan jiwa.

“Saya nak awak bernikah dengan Fariena.” – Zalia

Ternyata, keputusan itu cuma keputusan bodoh yang melumatkan lagi sekeping hati milik Zalia. Tengku Zarif semakin jauh. Fariena senyum mengejek. Tengku Zaharah ketawa sinis. Lalu, yang tertinggal cuma Zalia bersama hati yang semakin lama semakin dongkol. Tetapi mereka tersilap besar! Seorang Zalia tidak akan selamanya menunduk. Bila diri dan hati sudah selalu dipijak-pijak, dia bangkit bersama dendam.

“You… You… You dah menang, Zalia.” – Fariena

“Selagi kau belum mati, aku belum menang.” – Zalia

Namun, benarkah kebencian harus dibalas dengan kebencian? Benarkah dendam mampu merawat hati yang lebur?

Nak beli, mesej ED sama ada di facebook, instagram atau twitter. Udada Ubabye!!




ED: Baru ni..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...