label

ANDA PENGUNJUNG KE

PERHATIAN

Ahad, 8 Januari 2017

(Sembang) Pagi pancit, petang tergesel

Nasib kurang baik hari ini yang melibatkan kereta ED..

Tadi cuci kereta kat kedai cuci kereta, tergesel kereta ED kat tangga kedai tu. Skirting depan kereta calar. 

Macam mana boleh jadi? Waktu ED sampai kereta banyak, ada 1 ruang lagi di tepi kedai tetapi sempit. Pekerja kedai cuci kereta tu suruh ED masuk juga sambil menunjukkan isyarat tangan "masuk". ED pun masuk tanpa nampak ada tangga batu di tepi kedai. Masuk punya masuk, "tuuppp..." Calar sudah kereta ED.

Orang yg baju ungu ni tadi suruh masuk. Waktu dah kena tadi, stres juga tetapi ini dah takdir ED. Kena redha..

Nak tahu tak, pagi tadi sebiji tayar kereta ED kempis di tempat kerja. Mujur, kawan ED tegur. Sempat ED keluar kerja isi angin di Petron. Kalau tak? Habislah... 2 kejadian yg melibatkan kereta ED dalam hari yang sama hari ini. Macam fobia pulak nak cuci kereta kat tempat tadi. Sabar... Udada Ubabye!!



ED: Redha...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...