label

ANDA PENGUNJUNG KE

Selasa, 31 Januari 2017

(Zlurpp) Pisang goreng keju masak sendiri

Semalam mak balik dari kampung bawa sedikit pisang lilin. Pagi ni, ED tolong gorengkan pisang lilin tersebut untuk dibuat sarapan pagi. Kebetulan ada keju cheddar dalam peti sejuk, bolehlah buat pisang goreng keju.

Pisang goreng keju ala EDtv. Sebab pisang ni dah sangat manis, ED tak letak susu pekat dan coklat untuk mengelakkan cepat muak.

Langkah pertama, goreng pisang bercelup adunan tepung gandum, air dan sedikit garam.

Selepas pisang dah masak, parutkan keju cheddar. Suka hati nak letak keju banyak mana.

Alhamdulillah, siap sarapan pagi ni. Udada Ubabye!!



ED: selamat bersarapan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...