label

ANDA PENGUNJUNG KE

Selasa, 21 Februari 2017

(Sembang) Kenapa drama Melayu asyik-asyik begitu?

ED nak share kenyataan daripada seorang krew drama tv ni... Bila baca, ini akan membuka minda kita semua.



TRAGEDI KE'CELAKA'AN TV MELAYU

Tanpa sedar kita hidup setiap hari dengan hiburan masakini. Bunyian, nyanyian & drama murahan disumbat bernanah telinga kanan & kiri. Belum kira program komedi.

Hidup majoriti berkiblatkan TV. Ustaz dok ceramah pasal zina mata pun balik rumah bukak news pemberita masih ber'bogel' lagi.

Radikal sangat beragama pun tak dapat ubah dah tragedi ni. Teknologi tetap ke hadapan mengheret manusia sampai mati.

Jangan salahkan teknologi, tapi salahkan Intisari.

Siapa yang cipta intisari? Mereka inilah manusia Stesen TV.

Kat sini saya nak bukak rahsia Tragedi Ke'celaka'an TV Malaysia yang ramai orang industri sembunyi.

APA KATA KREW DRAMA TV?
Saya krew penggambaran drama tv, ahli Professional Film Workers Association of Malaysia ( PROFIMA)

Kalau viral kritikan penonton terhadap kualiti drama Melayu - anak dato' balik oversea, gadis kampung ke kota jadi pelacur lagi - itu skrip biasa bagi kami.

Next job shooting, apa lokasi dah tahu dah - banglo mewah, pejabat murah, Kampung Kemensah - padahal skrip tak siap lagilah.

Tengah shooting, sambil pegang kamera pun, dalam hati ada semacam "...apehal lah aku buat cerita bodoh nie, takdak idea lain ka industri..."

Kami pembikin ibarat manusia bertali lembu. Diheret hidung kiri kanan tanpa mau. Terpaksa mengalah padahal idea bertalu-talu. Tapi taktau nak ubah yang mana dulu.

"...Abang kerja tolak track, masuk shot ni dh 3,000 kali adegan yang sama abang buat seumur hidup dik oi..."

Template setup sama, copy-paste jaa..
Director Malaysia kaa yang takdak idea nie.

[ Ini pulak kata Director, Scriptwriter & Producer sebab 3 watak penting inilah yang pergi jumpa stesen tv untuk pitching cerita ]

APA KATA DIRECTOR?
Saya Director ahli FDAM (PERSATUAN PENGARAH FILEM MALAYSIA).

Depa kata Pengarah Malaysia kurang memberi. Asyik cerita murah takda isi. Sebenarnya, akal & idea Tuhan bagi berlambak lagi.

Tapi bila kami pi syarikat TV. Depa tendang kami ke tepi. Depa kata idea ni penonton tak kering gusi.

"...kita kena bagi penonton kering gusi. Barulah sponsor masuk iklan tak renti-renti..."

** Fakta : jika anda menonton sesuatu rancangan, iklan tak berenti-renti, bermakna ratingnya tengah tinggi. cuba tengok RTM, satu iklan ja keluar sekali.

Inilah realiti. Kisah rakyat miskin, politik tirai besi, semua dari kepala otak orang industri, abis stesen TV tolak tepi.

Kami pun ada cerita berinspirasi, kisah makcik jual roti, sampai anak masuk universiti. Tapi apa jadi?

STESEN TV yang aturkan apa CERITA itu ini.

STESEN TV yang aturkan selebriti mana yang WAJIB diisi.

Sebab apa? Sebab depa kata, depa tau apa yang buat rating tertinggi. Masyarakat suka, nak tengok lagi. Sebab tu asyik muka dia-dia jaa kat skrin TV.

Artis yang dibenci masuk peti ais sampai takdak gigi. Yang mana dulu muda, tenggelam timbui dah jadi watak mama daddy.

Jadi kami terpaksa akur, bagai lembu diikat tali. Buatlah kerja kami, asalkan terisi perut anak bini walau hati nafsi-nafsi.

Producer nak kata apa...

APA KATA PRODUCER
Saya producer. Saya ahli PERSATUAN PENERBIT TV MALAYSIA (PTVM).

Saya dapat satu proposal sinopsis lengkap dari tuan pengarah & scriptwriter - depa bagi idea yang sangat best, boleh memberi inspirasi buat masyarakat, mendidik & mendorong kemajuan diri dan negara. 

Lalu syarikat saya pergi pitching kat stesen TV. Ini feedback depa :

RTM : Reject! katanya cerita rakyat miskin, kisah negatif government takleh gambarkan kat TV. Takleh buat kisah realiti. Biarlah semua fantasi asalkan bukan negatif. Janji ada 3 kaum dalam itu isi. Khurafat syirik tolak tepi.

MEDIA PRIMA : Depa tendang kisah yang BUKAN cinta. "...hampa ni present idea untuk slot Akasia kaa atau Majalah 3. Kami takmau kisah rakyat miskin tak gosok gigi dibuat drama. Kami nak buat masyarakat berangan-angan bercinta. Makcik kat rumah tu nak tengok laki bini bergaduh dijadikan drama.

ASTRO : Depa nie berpuluh channel pun memilih lagi. Penerbit TV depa pun kena jaga poket sendiri. Depa kena keringkan gusi orang yang bayar siaran depa ni. Artis depa dah ramai sederet lori. Kena rotate sampai muntah nasi basi.

AL HIJRAH : Depa plak cakap, kami takmau buat cerita murah orang miskin ni, apa ingat kami ni stesen murahan sangat kaa. Agama ni digambarkan rendah martabat sgt kaa? Kami pun nak nampak GAH jugak.

** Ini belum cerita duit tepi dari salah satu stesen TV tadi. Dah bayar duit tepi, sampai muntah satu company dapat projek setahun lagi, tak tau nak shoot cerita apa dah, buatlah kisah apa pun asalkan keluar TV.

Stesen TV beli produk drama/telemovie nie taklah besar mana. Try calculate fakta jual-beli :

Telemovie : RM100,000 (purata)

bayar pelakon utama gred A (RM12,000 x 2 orang)
bayar krew belakang tabir & pelakon tambahan (RM40,000)
bayar kos sewa barang technical, art department (RM15,000)
bayar kos penggambaran - lokasi, makanan etc. (RM15,000)

TOTAL : RM94,000#
UNTUNG : RM6,000#

Producer untung sikit jak. Dia ada staff & office perlu dibayar tak tertunggak. Jadi disekatnya segala idea yang mahal, kos tinggi, kisah gempak-gempak.
RM6,000 jee beb! Tak lekat celah gigi siak!

Alaaah buat kisah dato, datin, suamiku tunangmu dah laaa. Kos rendah. Banglo mewah, Office murah. Sesuai dengan budget yang stesen bayar lah. Boleh 

Nak tengok fakta http://www.buzzera.net/2012/03/kadar-pembelian-program-tv-di-malaysia.html

*** Kalau stesen mampu bayar lebih tinggi, naikkan harga barulah industri ubah rupa cerita dan isi.

*** Padahal Stesen TV terima iklan masuk, RM500,000 setiap satu. Ko rase berapa banyak iklan kat TV tu?

Nak salahkan scriptwriter?

APA KATA PENULIS SKRIP
Saya ahli PERSATUAN PENULIS LAKON LAYAR KUALA LUMPUR DAN SELANGOR (PENULIS)

Kami nie sikit punya banyak dah tulis cerita bagus-bagus. Idea dah naik langit bintang dah nak bagi ummat Malaysia percaya kat industri Filem TV Malaysia nie berkualiti.

Dapat kat orang TV, depa kata "...tak mau yang ni, mana cerita CINTA..."

Cuba saya petik IDEA ni, tengok apa alasan depa bagi :

1. Kisah drama episod orang Malaysia panjat Gunung Kinabalu, tersangkut gempa bumi.

"...eh budget besaq tu, pakai helikopter lagi. apa kata hampa buat movie jaa idea nie..."

2. Telemovie kisah orang Malaysia terperangkap jatuh gaung sampai bawah kerak bumi.

"...mana logik akal nak buat cerita macamni. masuk peti besi! Next..."

3. Kisah para perajurit - tenggelamnya kapal perang TLDM di Lautan Hindi.

"...encik rasa, TLDM nak bagi kaa kita shoot kapal depa tenggelam...?"

4. Kisah rakyat Malaysia terperangkap di tingkat 88 KLCC.

"...eh, kejap nak shooting di kaki lima air pancut Suria KLCC tu pun charge RM8,000 sejam. Inikan plak nak buat drama satu bangunan KLCC terbakar... Stesen TV takdak budget nak beli...."

5. Kisah gerabak Keretapi Tanah Melayu (KTMB) takleh berenti, brek putus dari Johor sampai Kedah.

"...sekejap, idea nie dah tanya pihak KTMB? depa mau kaa tunjuk benda negatif perkhidmatan depa nie...?"

".....Dei macha, negara India sana pun berani lakonkan polis terima rasuah. Kat Malaysia nie lepas ka digambarkan PDRM tu sejahat alam. Polis Metropolitan Cicakman boleh la..."

"...Ya, saya Perdana Menteri Malaysia. Saya isytiharkan darurat setelah makhluk asing menyerang selatan tanahair. Rakyat diminta bersembunyi dalam lubang bawah tanah..."

"...Tuan Guru, saya ingin mengenali Allah dengan sedalam-dalamnya. Di manakah Allah, Tuan Guru. Tolong tunjukkan saya. Jadikan saya seorang Sufi..."

"...Awal penciptaan makhluk sebelum diturunkan ke bumi, kita semua telah berjanji di hadapan Allah dalam keadaan Ruh Mulki..."

Brader, kita takkan jumpa dialog-dialog ni di TV rumah anda brader. Di TV rumah anda hanya ada tajuk-tajuk novel cinta yang laris di pasaran & diangkat menjadi drama episod. Itupun kalau hampa sedar brader.

Akak yang minat novel, depa sedar la benda nie. Depa punya pasal drama TV ada tajuk geli-geli.

Televisyen tu lidah kerajaan. Rakyat semua sembah TV. Jadi kena gambarkan yang suci. Berita pun depa tapis nak siar malam satgi.

Mana tindakan persatuan yang kami bayar ahli tahunan tadi? Mana GAFIM (Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia)

Nak harap kerajaan melalui Filem Nasional (FINAS) pun tak leh pakai. Orang industri (Switch Off) buat berpuluh tuntutan suruh kerajaan & FINAS campurtangan minta stesen TV naikkan harga, apa Finas jawab? 

"...Ini bukan bidang kuasa FINAS, itu kena berbincang dengan stesen-stesen TV..." Siapa yang control siapa?

Kalau stesen mampu bayar lebih tinggi, naikkan harga barulah industri ubah rupa cerita.

Kerajaan tak suka ubah minda rakyat Malaysia?

Penonton Malaysia tau bunyi ja. Orang industri suruh boikot tutup TV bagi rating jatuh menjunam buat satu hari, hampa buat tak peduli. Gi mampus dengan nasib ideologi, mentaliti anak cucu cicit hampa nanti.

Siapa yang melariskan? Siapa yang mencatat rating tertinggi? Sampai semua orang TV tunduk ke bumi? Sampai kami kena jadi lembu ikat tepi. Sapa punca tragedi ini?

Bukan kami pembikin filem & drama tv, tapi ANDA di seluruh negeri. Tapi kenapa salahkan penonton. Yang tak suka, terpaksa buka sebab dah takda pilihan hiburan. Tapi stesen TV salah tafsir, rating menaik. So?

Jangan salahkan teknologi, salahkan Intisari.

by : Shuhaimi Zulkefli
17 Februari 2016

*saya luah rahsia ni, kompom lepas ni saya takleh makan nasik lagi.

*kalau dah ada nama, saya terpaksa diamkan diri macam orang ada nama yang lain. takkan nak tabur nasik atas pasir lagi.

Sumber: fb shuhaimi zulkefli



Bagi ED pula, kalau drama tu kena dgn jiwa ED walaupun jalan ceritanya klise, ED tengok juga. Tengok tv untuk suka2 je... Udada Ubabye!!



ED: realitinya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...