label

ANDA PENGUNJUNG KE

Khamis, 2 Februari 2017

(Zlurpp) Resipi ayam masak lada hitam mudah dan cepat

Hari ini mak tak sihat, jadi ED tolong mak masak lunch. ED tolong masak masakan yg paling mudah & cepat. Ayam masak lada hitam.

Ayam masak lada hitam mudah ala EDtv.

Resipi:
1kg ayam
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
Sedikit halia
6 biji cili padi
Sos lada hitam
Sos tiram
Minyak bijan sedikit
Minyak masak
Daun saderi
Air
Garam
Ajinomoto
1 kiub pati ayam

Cara masak:

Ayam goreng separuh masak dulu.

1. Tumis bawang merah, halia, bawang putih & cili padi yg sudah dihiris.
2. Masukkan sedikit minyak bijan, sos tiram & sos lada hitam (ikut citarasa).
3. Masukkan air & kiub pati ayam.
4. Masukkan ayam dan daun saderi.
5. Tutup kuali biarkan ayam meresap kuahnya.
6. Masukkan garam dan ajinomoto. Kacau & siap.

Mudah kan? Sedap...

Selamat mencuba. Udada Ubabye!!



ED: suka banyak daun saderi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...