label

ANDA PENGUNJUNG KE

Isnin, 20 Mac 2017

(Sembang) Erid Amaro menganggap dunia nyanyian adalah sandaran kerjaya

Amboi, nampaknya pereka fesyen Erid Amaro semakin aktif menyanyi di media sosialnya! Ada apa2 ke?


Erid Amaro



Ini ceritanya! Menurut Erid Amaro, ia sekadar reupload aplikasi smule ke instagram dan mendapat sedikit perhatian organizer dan pentadbiran awam untuk tawaran persembahan pentas. Beliau pernah aktif menyanyi dan memasuki pertandingan realiti tv seperti Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Mentor dan lain2.

Beliau fokus pada dunia pelajaran ketika dahulu mmbuatkan berhenti seketika dlm dunia nyanyian dan skrg boleh kembali aktif jika di beri peluang.

Jangan tak tahu, Erid Amaro sudah diterima untuk persembahan anjuran charity bersama Institut Jantung Negara juga bersama barisan artis2 Malaysia yg lain.

Tawaran persembahan yang terdekat beliau ialah di Balik Pulau, Pulau Pinang anjuran Urbanfest, Mahkota Parade anjuran ehehbazaar, bangi setral anjuran vast eviiniqa dan Kuala Terengganu anjuran ohsem bazaria. 

Kegiatan menyanyi beliau diuruskan oleh pihak sendiri bersama crew freelance yang dilantik. Ini kerana beliau masil lagi sibuk menguruskan perihal designer. Selain itu, Erid menganggap bidang nyanyian hanya sekadar part time untuk mengisi masa lapang dan sbgai hobi ketika kecil. Beliau menjadikan dunia fashion designer sebagai kerjaya utama.

Erid Amaro masih belum merancang untuk single sendiri dan skrg lebih selesa menyampaikan single artis lain kerana kekangan jadual kerja yang padat sehingga akhir ramadan. Walau bagaimanapun, beliau tidak menafikan sudah menerima beberapa tawaran untuk single sndiri daripada komposer2 baru .. tetapi masih dalam peringkat perbincangan.

Akhir sekali, Erid menganggap rezeki dari bidang nyanyian adalah rezeki di luar jangkaan 2017 dan kerjaya baru 2017 disamping menjadi fashion designer serta focus untuk erid amaro cookies dan erid amaro snacks. Amboi, sibuknya pereka fesyen kita yg satu ni! Hehe.. Udada Ubabye!!



ED: good luck!

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...