label

ANDA PENGUNJUNG KE

Sabtu, 25 Mac 2017

(Ulasan) Cerekarama Jalan Balik Surau di luar jangkaan

Selesai tengok Cerekarama TV3, Jalan Balik Surau. ED tak jangka jalan ceritanya akan seperti itu. Ingatkan cerita budak2 jumpa hantu, tetapi jumpa bekas penagih dadah.

Ingatkan Hafidz Roshdi pegang watak jahat (Maman) dan Saharul Ridzwan pegang watak baik (Salim) dari segi rupa. Rupa2nya terbalik. Nampak versatiliti lakonan mereka!

Watak Hafidz Roshdi berkesan dalam cerita ni. Seorang bekas penagih dadah yg insaf. Sedih juga waktu dia ambil wuduk kat surau.

Dalam cerita ni, geram juga tengok watak Salim (Saharul Ridzwan) yang hipokrit. Kira lakonannya menjadi sebagai pengedar dadah. Pujian turut diberikan kpd semua pelakon termasuk pelakon kanak2. Kelakar tengok budak2 tu..

Pengajarannya, jangan menilai orang dari luaran. Akhir kata, telemovie Jalan Balik Surau memang terbaik. Udada Ubabye!!



ED: best..

2 ulasan:

  1. assalamualaikum ed...betul tu kita x boleh nilaikan orang dr luaran saja...
    ** Mama Maszull

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...