label

ANDA PENGUNJUNG KE

PERHATIAN

Khamis, 27 April 2017

(Sembang) Sudah rezeki Fattah Amin

Maaf, hari ini ED sedia dikecam kerana menulis pendapat ED tentang Fattah Amin. Jujur, ED kesian tengok Fattah Amin yg selalu menjadi kecaman ramai netizen. Dia menyanyi kena kecam, keluar buku kena kecam, jadi hero drama kena kecam, menang anugerah kena kecam, jadi duta iklan kena kecam, jadi cover novel pun kena kecam. Serba-serbi dikecam sampai ED tertanya juga, sebenarnya apa harapan ramai netizen utk Fattah Amin? Nak tengok rakyat Malaysia hidup merana ke? 

Fattah Amin

Jujur, ED bukan peminat fanatik Fattah Amin. Ada juga yg ED tak sokong tentang Fattah Amin tetapi ED tak pernah komen negatif tentang Fattah Amin di media sosial atau di blog. ED tahu artis seperti kita juga, bekerja untuk menyara diri dan keluarga.

Dipendekkan cerita, sekarang memang Fattah Amin tengah popular, biarlah dia bekerja keras untuk kehidupan dia. Dia ada keluarga dan tanggungannya sendiri. Tentang anugerah yang dia terima, itu peminatnya yg undi. Terimalah hakikat, anugerah berdasarkan undian memang dipilih berdasarkan undian ramai. Fattah Amin menang pun bukan menang tak buat apa2. Dia berlakon dan gigih mengembangkan kebolehan yg dia ada.

Kesimpulannya, kalau sekarang ni asyik2 nama Fattah Amin, simple, sudah rezeki dia. Allah yg beri rezeki kepadanya dalam bentuk seperti itu. Kita pula ada bahagian rezeki kita sendiri. Jadi bersyukurlah dgn rezeki sendiri dan hormati rezeki orang lain. Lagi 1, kita cuba letakkan diri kita di tempat dia. Kalau kita asyik dikecam, asyik dihina, mesti sedih kan? Sebab kita ada perasaan. Sama juga seperti dia. Dia pun ada perasaan. 

Last, tak suka tak perlu ambil tahu dgn orang yg kita tak suka. Sebab mereka tak buat salah pada kita. Kita ambil berat pada org yg kita suka je.. Maaf, ED pun bukan baik sangat. Ini cuma pendapat peribadi je.. Udada Ubabye!!



ED: maaf kalau terasa..

24 ulasan:

  1. Setuju dengan apa yang anda tulis, tak perlu kecam, itu dah rezeki dia

    BalasPadam
  2. Betul tu.. setuju sgt2.. semua atas ketentuan Allah..

    BalasPadam
  3. Sangat Setuju EDtv... kamu hebat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Sy manusia biasa, yg hebat itu kuasa Allah.

      Padam
  4. Betul n setuju sgt2....ape2 pn dgn izin Allah..

    BalasPadam
  5. hi, saya datang singgah follow sini.. salam kenal :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Salam kenal juga.

      Padam
  6. Setuju sgt. Tak perlu nak kecam org mcm kita ni baik sgt. Tak payah nak dengki. Rezeki masing2 dah ditentukan oleh Allah.

    BalasPadam
  7. Dari mengecam lbh baik berdoa moga kita juga murah rezeki spt FA

    BalasPadam
  8. Itu kan kerjaya mencari nafkah utk keluarga. Org luar akan tlg ke kalau kita susah. Bersangka baik saja. Chill.

    BalasPadam
  9. Di pagi Jumaat yg barakah ini marilah kita semua berdoa agar kita dikurniakan keluarga diberikan kesihatan dimurahkan rezeki dan eratkan silaturahim. Sebagaimana Allah kurniakan rezeki kepada FA kita berdoa terus berusaha dan tawakal Insyaallah masa kita akan tiba jua. Amiin.

    BalasPadam
  10. Benar....hasbunallah waneekmal wakeel

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...