label

ANDA PENGUNJUNG KE

PERHATIAN

Sabtu, 13 Mei 2017

(Megadrama Astro Ria) Sah, akan ada drama Curi-Curi Cinta

Ingatkan novel Curi-Curi Cinta tak jadi didramakan. Rupanya, novel Siti Rosmizah mengesahkan melalui instagramnya bahawa akan ada drama Curi-Curi Cinta.

Drama ini adaptasi novel Curi-Curi Cinta karya Siti Rosmizah.

Daripada instagram @sitirosmizahsemail

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

BAHANG CURI-CURI CINTA BAGAIKAN LAVA GUNUNG BERAPI! Belum lagi NOVEL BEST SELLER INI DITAYANGKAN DI KACA TV LETUPANNYA TELAH BERMULA.

Mana tidaknya dengan gabungan pengarah hebat Along Kamaluddin, Esekutif Producer, Jalena Rejab yang tiada siapa boleh nafi pengalaman & kreativiti hebatnya. Dengan penulis skrip terbaik Rozie Rashid  & PGRS team. Ditambah pula Kak SR penulis terkenal dgn novel-novel best sellernya yang telah terjual ratusan ribu naskah. Beliau bukan  saja sebagai penulis novel dalam drama CURI-CURI CINTA tetapi selaku Puan Producer dengan menerbitkan sendiri drama ini dibawah terbitan syarikatnya SR ONE SDN BHD. Bak kata peminat-peminat dengan gabungan hebat ini hasilnya KEBABOOM. Amin....

Itu belum masuk barisan pelakon-pelakon handalan yang dijamin terbaik dan berbakat besar. 

Jadi sementara menanti nama barisan Pelakon-pelakon terutama hero & heroinnya. Kak Siti berbesar hati memberi peluang pada peminat-peminat novel dan drama ini untuk meneka siapa hero & heroinnya. 5 orang yang meneka dengan betul akan mendapat 1 buah NOVEL CURI-CURI CINTA PERCUMA BERSAMA DENGAN TANDATANGAN HERO & HEROINNYA. 

JAMINAN KAMI DRAMA CURI-CURI CINTA PASTI MENAMBAT HATI ANDA SEMUA. TSUNAMI BERULANG SEMULA!!!

Pelakon utama belum diketahui lagi. Drama ini 32 episod & akan diterbitkan sendiri oleh novelis Siti Rosmizah. Udada Ubabye!!



ED: nantikan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...